Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid bergambar ramai bersama Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Singapura.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 29 September. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu dengan rombongan yang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja.
Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon.
Juga mengalu-alukan rombongan dari Singapura itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.
Kunjungan hormat berlangsung di Brunei Bridge Authority (BBA), Mentiri.

